Artikal Terpilih

Apakah Dalil Jin Itu Wujud?


Kesahihan wujudnya jin.
Dalam masyarakat umum baik dahulu mahu pun sekarang ada berbagai-bagai pandangan mengenai jin ini, ada yang berpendapat bahawa makhluk jin ini terus menerus wujud dan ada juga yang menafikan kewujudannya.
Walau bagaimanapun, sebagai umat islam kita perlu kepada bukti kewujudannya melalui firman Allah s.w.t di dalam al-Quran dan sabda Rasullullah s.a.w di dalam hadis supaya tidak timbul lagi syak wasangka terhadap isu ini.
Sebarang keraguan mengenai kewujudan jin ini telah dapat dinafikan melalui firman Allah s.a.w, hadis Rasulullah s.a.w dan dengan penyaksian melalui mata.
 Firman Allah s.w.t
وَمَا خَلَقْتُ اْلجِنَّ وَالاِنسَ اِلاَّ لِيَعبُدُون
Maksudnya: dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah akan daku.
(surah al-Zariyat :56)