Tuesday, August 3, 2010

Saka Dan Rawatan Terhadapnya
















KERJA-KERJA ORANG DAHULU YANG KEMUNGKINAN TINGGI MENGUNDANG JIN SAKA


· Sebahagian Bidan Kampung Tradisional.


· Kebanyakan Bomoh atau Dukun yang mencampur aduk ayat Al Quran dengan mantera mantera mengundang jin atapun ilmu yang tidak bersanad.


· Sebahagian Pengamal Ilmu Bela Diri yang mengamalkan ilmu kebatinan.Selalunya mereka ini mudah PANAS BARAN dan pantang dicabar.


· Kebanyakan Tukang Urut Tradisional yang boleh mengurut selepas “belajar” melalui mimpi.


· Kebanyakan Pawang atau Dukun yang menggunakan mantera-mantera syirik yang mengundang jin dalam urutan.(Mantera yang difahami maksudnya dan tidak mengandungi unsur kesyirikan tidak mengapa dan dibolehkan.)


· Sebahagian Mak Andam Tradisional yang menggunakan ilmu seri muka kepada pelanggannya.


*jika Datuk,Nenek atau keturunan anda adalah salah seorang dari mereka yang disebutkan kemungkinan besar anda akan mempunyai SAKA ( Wallah Hu A’lam)




AMALAN UNTUK PESAKIT YANG MEMPUNYAI SAKA

a) jangan menyimpan barang-barang peninggalan lama seperti keris,lembing,kerambit dan sebagainya, berilah kepada perawat islam untuk mereka putuskan khadam yang mendiami barang tersebut.








b) Amalkan surah al jin 1-9 1x tiap-tiap lepas solat sebulan.


c) Perdengarkan surah ar rahman dan surah al radh 1x sebelum tidur malam


d) Baca atau mendengar surah al-mulk setiap hari sebelum tidur.
Konsisten berjumpa perawat islam yang berdekatan setiap 7 hari lama 1 bulan atau lebih.


Monday, August 2, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...!


Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)



Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.


Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Sunday, August 1, 2010

AMALAN PENDINDING DARI JIN DAN SYAITAN

AMALAN PENDINDING DARI JIN DAN SYAITAN

( baca doa di bawah ini pada waktu pagi dan petang)

*Baca sebanyak 100 kali setiap hari selepas solat subuh dan solat asar.


لآاِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ

لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ اْلحَمْدُ يُحِْي وَ يُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٍ


Pertama: Baca Sebanyak 3 Kali


اَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ اْلتَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ


Kedua: Baca Sebanyak 3 Kali


بِسْمِ اللهِ اْلَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اْسمِهِ شَئٌ فيِ اْلأَرضِ وَلاَ في اْلسَّمَاءِ وَهُوَ اْلسَّميِعُ اْلعَلِيمُ


Ketiga: Baca Sebanyak 3 Kali


اَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ اْلتَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَ هَامَّةٍ وَمِن كُلِّ عَيْنٍ لاَمَةٍ


* Baca surah Al-Mulk setiap hari sebelum tidur atau dengar mp3


* Baca ayat kursi 70 kali setiap hari selepas solat

* Pastikan diri sentiasa berwudhuk dan ingat kepada allah.

* Jangan mendengar nyanyian atau muzik yang boleh melalaikan.