Artikal Terpilih

Tuesday, July 20, 2010

Tanda awal terkena gangguan Jin


Assalamualaikum,,Manusia dan jin tidak boleh dipisahkan, kehidupan mereka di dalam dunia ini bersama manusia juga tidak boleh dinafikan, malah mereka boleh bergerak ke sana dan ke mari dengan bebas tanpa batasan. Allah s.w.t memberikan kelebihan ini kepada mereka, sehingga kan mereka boleh masuk ke dalam tubuh badan manusia dan bergeraka melalui saluran darah,

Sabda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Sufiyyah binti Huyyai r.a
اِنَّ اْلشَّيطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى اْلدَّمِ
“Sesungguhnya Syaitan&Jin itu boleh bergerak di dalam tubuh anak-anak adam (sealiran perjalanan) darah dalam urat-uratnya”
Hadis Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim
Dengan dalil hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Syaitan dan Jin itu mereka boleh masuk kedalam tubuh badan manusia dan bergerak bebas melalui saluran darah, kalau kita perhatikan kebenyakkan penyakit-penyakit kronik yang dialami itu mempunyai kaitan rapat dengan darah, jadi mungkin juga penyakit kronik yang kita alami hari ini asalnya bermula dengan gangguan Syaitan dan Jin, namun kita tidak menyedari dan membiarkan ia berlalu dengan hanya mengambil pil-pil dan sebagainya..

Tanda-tanda yang saya akan sebutkan dibawah ini adalah hasil perhatian, dan pengalaman sedikit sebanyak yang saya ada.

Nasihat saya jalanilah rawatan di hospital secara sains terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang andaian, jika para Doktor gagal mengesan penyakit yang anda alami namun pada masa yang sama kesakitan anda masih berterusan maka dengan itu kemungkinan besar anda telah terkena gangguan Jin.



1. Tanda pada waktu tidur :
1. Susah tidur malam, yaitu tidak bisa tidur kecuali setelah lama bersusah payah.
  1. Cemas, sering terjaga pada waktu malam.
  2. Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya dan ingin berteriak minta pertolongan tetapi tidak mampu.
  3. Mimpi melihat berbagai binatang seperti : kucing, anjing, tikus, unta, kuda, monyet, serigala, harimau dll.
  4. Bunyi gigi geraham pada waktu tidur.
  5. Tertawa, menangis, teriak, pada saat tidur.
  6. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang sangat tinggi.
  7. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa sedari.
  8. Mimpi berada di tempat pembuangan sampah, didalam tanah kuburan, atau di tempat-tempat yang mengerikan.
  9. Mimpi melihat orang aneh seperti sangat tinggi, sangat pendek, sangat putih,dan hitam.
  10. Mimpi perkara sangat menyeramkan seperti melihat hantu dll.
  11. Mimpi seakan tertindih benda yang sangat berat dan sukar untuk melepaskan
  12. Mendengkur dengan sangat kuat.
  13. Mimpi melihat, bertemu dengan keluarga yang sudah mati, melihat mayat.
  14. Mimpi terjadi peristiwa dan keesokan harinya terjadi peristiwa yang sama dalam mimpi.


Tanda-tanda pada waktu jaga:

  1. Selalu pening, Para doktor tidak dapat mengesan penyakit walaupun setelah berkali-kali mendapat rawatan.
  2. Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  3. Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
  4. Sering lesu, tidak bermaya dan malas.
  5. Sering sakit sebahagian kepala, kadang-kadang keseluruhan.
  6. Rasa sakit di salah satu-satu anggota badan dan
  7. Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  8. Lenguh di sendi-sendi.
  9. Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
  10. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  11. Terkena kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
  12. Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
  13. Mudah panik dan takut apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  14. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
  15. Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
  16. Mudah marah dan panas baran.
  17. Emosional dan terlalu sensitif

No comments:

Post a Comment