Saturday, February 12, 2011
Jin dicipta dari api, bagaimana Jin kafir akan diazab dengan api juga?
Sekiranya Jin Dijadikan Dari Api Bagaimana Jin-Jin Kafir Diazab Dengan Api Juga?
Ini merupakan satu soalan yang amat kolot yang sering berkisar di lidah-lidah orang ramai, tetapi kalau mereka berfikir sejenak, nescaya meraka akan mengerti dan faham akan hakikat ini.
Kita semua mengetahui bahawa kejadian manusia sememangnya berasal dari tanah, akan tetapi keadaannya seperti yang ada sekarang tidaklah sedemikian lagi, sebaliknya ialah asal kejadiannya saja iaitu dari tanah, demikian juga makhluk jin, sememangnya dijadikan dari api, akan tetapi kedaan yang ada sekarang bukan lagi berbentuk api, kita perhatikan dalil-dalil yang tersebut di bawah ini:
A) Imam An-Nasai telah meriwayatkan satu hadis dari A’isyah r.a yang menceritakan bahawa:
“ satu ketika Rasullullah S.A.W sedang bersolat tiba-tiba dia didatangi oleh seekor syaitan. Lantas bagida S.A.W terus menerkamnya dan berlakulah hempas menghempas di antara satu sama lain. Akhir sekali Rasullullah S.A.W Berjaya mencekik si syaitan tersebut kemudian baginda S.A.W bersabda :
حتى وجدت برد لسانه على يدي
Ertinya: “ sampai tangan aku sendiri terasa sejuk kerana kesan lidah si syaitan itu ”
Dengan sanad yang shih menurut syarat bukhari
B) Rasullullah S.A.W bersabda lagi:
ان وعدالله ابليس جاء بشهاب من نار ليجعلها في وجهه
Ertinya: “ sesungguhnya m usuh Allah itu ialah iblis. Ia pernah dating membawa nyalaan api untuk dikenakan ke atas mukaku….”
Riwayat Muslim.
Jelaslah dengan dua hadis si atas bahwa, kalaulah si Iblis itu masih kekal dalam keadaan yang asalnya iaitu berupa api, apabila berjaya masuk kedalam tubuh badan manusia, nescaya terbakarlah tubuh badan seseorang manusia.
Wallah hu a’lam.
Saturday, February 5, 2011
CD Ayat Syifa'
Cd ruqyah ini adalah hasil bacaan Ustaz Abu Ameer Al-Hafizi (Imam Muda Masjid Pulapol, Kl)