Apakah perbezaan Jin dan Syaitan?


 Apakah perbezaan antara Jin dan Syaitan?



 
 
gambar hiasan

Secara rigkasnya dapatlah dikatakan bahawa jin itu ada 2 bahagian
 
1-      JIN : Golongan ini ada yang soleh dan ada yang fasik, mereka sama dengan manusia, ada yang baik ada yang jahat, ada yang mukmin dan ada yang kafir.
Allah s.w.t merakamkan ucapan mereka di dalam Al-Quran surah Al-Jin yang berbunyi:




وَأَناَّ مِنَّا اْلمُسْلِمُونَ وَمِنَّا اْلقَاسِطُونَ فَمَنْ اَسْلَمَ فَأُولَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا
Maksudnya:  dan sesungguhnya dikalangan kami ada yang taat dan ada pula yang menyimpang daripada kebenaran, barang siapa yang taat maka mereka itu benar-bena telah memilih jalan yang lurus.




2-      SYAITAN : golongan yang langsung tiada kebajikan baginya buat selama-lamanya dan namanya akan bertukar menjadi IFRIT dan MARID, syaitan adalah satu makhluk yang berasal dari jin kafir, golongan yang selalu ingkar dengan perintah Allah s.w.t digelar syaitan, bahkan kalau kita perhatikan syaitan ini bukan dari kalangan jin sahaja tapi juga dari kalangan manusia, manusia yang hidup tak ada kebajikan dan tak pernah buat amal atau tak pernah taat pada Allah s.w.t juga digelar syaitan.





 Apakah Syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan..?


Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. 


Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya. 


“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)


Kesimpulannya ialah para Syaitan durjana masih lagi ada pada bulan Ramadhan, yang dimaksudkan oleh hadith tersebut hanyalah syaitan-syaitan yang jahat lagi durjana sahaja. Sebab itu kalau kita perhatikan masih ada gangguan pada bulan Ramadhan, kadang-kadang terkena rasuk, terkena gangguan sampuk tepi jalan dan lain2, menunujukkan bahawa Syaitan itu masih wujud. (wallahu a’lam)

klik Di Sini Download Kuliah Alam Jin Oleh Ust Dato' Ismail Kamus