SAKA, Sihir Dan Rawatan Islam Terhadapnya

 Kaedah amalan untuk pesakit terkena Sihir.

kaedah di bawah ini hanyalah untuk sebahagian sihir sahaja, namun segelintir sihir yang lain juga kadang kala akan terhapus melalui cara rawatan ini....
- Peaskit hendaklah sentiasa persiapkan diri dengan berwuduk dan sentiasa berzikir.
- Kerapkan membaca surah Ar-Rahman atau mendengar MP3
- Membaca surah Al-Mulk atau mendengar MP3 setiap hari sebelum tidur malam.
- Selalulah berjumpa dengan perawat Islam setiap minggu.









Saka dan rawatan terhadapnya.

Dibawah ini saya sertakan ciri-ciri kemungkinan besar mengundang SAKA dan rawatan terhadapnya.

KERJA-KERJA ORANG DAHULU YANG KEMUNGKINAN TINGGI MENGUNDANG JIN SAKA

·         Sebahagian Bidan Kampung Tradisional.

·         Kebanyakan Bomoh atau Dukun yang mencampur aduk ayat Al Quran dengan mantera-mantera mengundang jin atapun ilmu yang tidak bersanad.

·         Sebahagian Pengamal Ilmu Bela Diri yang mengamalkan ilmu kebatinan.Selalunya mereka ini mudah PANAS BARAN dan pantang dicabar.

·         Kebanyakan Tukang Urut Tradisional yang boleh mengurut selepas “belajar” melalui mimpi.

·         Kebanyakan Pawang atau Dukun yang menggunakan mantera-mantera syirik yang mengundang jin dalam urutan.(Mantera yang difahami maksudnya dan tidak mengandungi unsur kesyirikan tidak mengapa dan dibolehkan.)

·         Sebahagian Mak Andam Tradisional yang menggunakan ilmu seri muka kepada pelanggannya.

*jika Datuk,Nenek atau keturunan anda adalah salah seorang dari mereka yang disebutkan kemungkinan besar anda akan mempunyai SAKA ( Wallah Hu A’lam)



 



  AMALAN RAWATAN UNTUK PESAKIT YANG MEMPUNYAI SAKA
a)      jangan menyimpan barang-barang peninggalan lama seperti keris,lembing,kerambit dan sebagainya, berilah kepada perawat islam untuk mereka putuskan khadam yang mendiami barang tersebut.
b)      Amalkan surah al jin 1-9 1x tiap-tiap lepas solat sebulan.
c)       Perdengarkan surah ar rahman dan surah al radh 1x sebelum tidur malam
d)      Baca atau mendengar surah al-mulk setiap hari sebelum tidur. Konsisten berjumpa perawat islam yang berdekatan setiap 7 hari lama 1 bulan atau lebih.