Sunday, March 20, 2011

Kesempurnaan Iman





TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA IMANNYA

Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Pertanyaan:
Apakah ada manusia yang sempurna?

Jawapan:
Tiada manusia yang sempurna, karena setiap orang mempunyai
kelemahan. Seseorang yang beriman, tentu mempunyai kesalahan
dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan. Tiada orang
Mukmin yang murni atau sempurna.


Pandangan orang jarang ditujukan pada hal-hal yang berada di
pertengahan antara dua hal yang berdekatan. Bagi seseorang
sesuatu itu warnanya putih saja, sebagian yang lain hitam
saja, mereka lupa adanya warna yang lain, tidak putih dan
tidak pula hitam.


Nabi saw. pernah bersabda kepada Abu Dzar r.a., beliau
bersabda, "Engkau seorang yang masih ada padamu sifat
Jahiliyah." Abu Dzar adalah seorang sahabat yang utama,
termasuk dari orang-orang pertama yang beriman dan berjihad,
akan tetapi masih ada kekurangannya.


Juga didalam Shahih Bukhari diterangkan oleh Nabi saw.:
"Barangsiapa yang meninggal bukan karena melakukan jihad dan
tidak dirasakannya (tidak ingin) dalam jiwanya maksud akan
berjihad, maka dia mati dalam keadaan sedikit ada nifaknya."



Abdullah bin Mubarak meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib
r.a. yang mengatakan sebagai berikut:
"Seorang Mukmin itu permulaannya tampak sedikit putih dalam
kalbunya; setiap kali iman bertambah, maka bertambah
putihlah kalbu itu. Begitu seterusnya, hingga kalbunya
menjadi putih semua.


Begitu juga kemunafikan, pertama ada tanda-tanda hitam dalam
kalbunya; dan setiap melakukan kemunafikan, maka bertambah
pula hitamnya, sampai hatinya menjadi hitam semua.
Demi Allah, jika dibuka hati seorang Mukmin, maka tentu
tampak putih sekali; dan jika dibuka hati orang kafir, maka
tentu tampak hitam sekali."
Ini berarti seseorang tidak dapat sekaligus menjadi sempurna
imannya atau menjadi munafik, tetapi kedua hal itu bertahap,
yakni sedikit demi sedikit.
---------------------------------------------------
FATWA QARDHAWI, Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penerbit Risalah Gusti
Cetakan Kedua, 1996
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177

Wednesday, March 9, 2011

Assalamualiakum,,,


Alhamdulillah semalam ana telah pun sempat melawat kilang untuk mencetak album ana yang ke-2 ni,,,ini ada lah inlay kulit album,,ada bonus surah Al-Mulk dan penambahan beberapa surah&ayat di dalam,,album ini adalah keluaran dan hak milik penuh Aslim Taslam Galeri syarikat ana sendiri lah. kalau album yang pertama dulu ana ada kerjasama dengan MORAPIS sebagai pengedar tapi kali ini pula ana melantik Darul Nu'man sebagai pengedar utama ana, mungkin antum semua pernah dengar nama ni kot....insya'allah dalam masa terdekat ni akan berada di pasaran....dapatkan yang ORI ye.....:-)


Perbezaan album pertama dengan ke-2 ini pada ana tak banyak bezanya, cuma yang ke-2 ini ada penambahan beberapa ayat dan surah yang lain,,dan ada bonus satu surah Al-Mulk.
Dari segi bacaan pula yang ke-2 ni ana rasa lebih keras dan suara bacaan agak tinggi sedikit berbanding yang pertama.

Kenapa bonus Surah Al-Mulk?
seperti yang kita sedia maklum bahawa surah tersebut banyak mempunyai kelebihan, antaranya
Pernah Rasulullah s.a.w bersabda "surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka"

selain itu surah ini juga diamalkan dalam kaedah rawatan islam terhadap mangsa sihir pengasih,,pesakit digalakkan membaca surah ini setiap malam selepas isyak (sebelum tidur) sebagai amalan..

jadi kesimpulannya surah Al-Mulk ini memeng mempunyai banyak kelebihan yang tak dapat ana nak terangkan kat sini semua, eloklah kita jadikan surah ini sebagai amalan harian, samada membacanya atau mendengarnya, selain mendapat keberkatan dan pahala yang besar dari Allah s.w.t ia juga menjadi pendinding kita dari terkena buatan khianat sesetengah manusia yang berperangaikan syaitan insya'allah...

wasalam