Wednesday, March 9, 2011

Assalamualiakum,,,


Alhamdulillah semalam ana telah pun sempat melawat kilang untuk mencetak album ana yang ke-2 ni,,,ini ada lah inlay kulit album,,ada bonus surah Al-Mulk dan penambahan beberapa surah&ayat di dalam,,album ini adalah keluaran dan hak milik penuh Aslim Taslam Galeri syarikat ana sendiri lah. kalau album yang pertama dulu ana ada kerjasama dengan MORAPIS sebagai pengedar tapi kali ini pula ana melantik Darul Nu'man sebagai pengedar utama ana, mungkin antum semua pernah dengar nama ni kot....insya'allah dalam masa terdekat ni akan berada di pasaran....dapatkan yang ORI ye.....:-)


Perbezaan album pertama dengan ke-2 ini pada ana tak banyak bezanya, cuma yang ke-2 ini ada penambahan beberapa ayat dan surah yang lain,,dan ada bonus satu surah Al-Mulk.
Dari segi bacaan pula yang ke-2 ni ana rasa lebih keras dan suara bacaan agak tinggi sedikit berbanding yang pertama.

Kenapa bonus Surah Al-Mulk?
seperti yang kita sedia maklum bahawa surah tersebut banyak mempunyai kelebihan, antaranya
Pernah Rasulullah s.a.w bersabda "surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka"

selain itu surah ini juga diamalkan dalam kaedah rawatan islam terhadap mangsa sihir pengasih,,pesakit digalakkan membaca surah ini setiap malam selepas isyak (sebelum tidur) sebagai amalan..

jadi kesimpulannya surah Al-Mulk ini memeng mempunyai banyak kelebihan yang tak dapat ana nak terangkan kat sini semua, eloklah kita jadikan surah ini sebagai amalan harian, samada membacanya atau mendengarnya, selain mendapat keberkatan dan pahala yang besar dari Allah s.w.t ia juga menjadi pendinding kita dari terkena buatan khianat sesetengah manusia yang berperangaikan syaitan insya'allah...

wasalam

No comments:

Post a Comment